Satu impian di matrikulasi

Jika ditanyakan saya, kenangan yang tidak boleh dilupakan dalam hidup ialah Kenangan menjadi salah seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Perak. Dan kini saya telah pun menjadi Alumni KMPK 2019-2021. KMPK Dihatiku, Tetap sentiasa dihatiku 💖. KMPK merupakan pilihan pertama saya dalam permohonan Matrikulasi sebelum diubah pada tahun 2020. Dahulunya sistem pemilihan Matrikulasi diasingkan daripada sistem UPU dan sistem pemilihan universiti awam masih di UPU. Semasa saya memohon Matrikulasi, tiga pilihan yang saya pilih. Antara pilihannya ialah:, 1. Kolej Matrikulasi Perak (KMPK) 2. Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) 3. Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) Alhamdullilah, saya mendapat pilihan pertama. KMPK merupakan impian saya dan saya amat gembira apabila ditawarkan pengajian 2 tahun dalam jurusan Modul 1. Saya mendapat tawaran 2 tahun kerana subjek Chemistry tidak mencapai credit di peringkat SPM. Saya juga ditawarkan Diploma Sains dan Matematik...