Satu impian di matrikulasi
Jika ditanyakan saya, kenangan yang tidak boleh dilupakan dalam hidup ialah Kenangan menjadi salah seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Perak. Dan kini saya telah pun menjadi Alumni KMPK 2019-2021. KMPK Dihatiku, Tetap sentiasa dihatiku 💖.
KMPK merupakan pilihan pertama saya dalam permohonan Matrikulasi sebelum diubah pada tahun 2020. Dahulunya sistem pemilihan Matrikulasi diasingkan daripada sistem UPU dan sistem pemilihan universiti awam masih di UPU. Semasa saya memohon Matrikulasi, tiga pilihan yang saya pilih. Antara pilihannya ialah:,
1. Kolej Matrikulasi Perak (KMPK)
2. Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)
3. Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)
Alhamdullilah, saya mendapat pilihan pertama. KMPK merupakan impian saya dan saya amat gembira apabila ditawarkan pengajian 2 tahun dalam jurusan Modul 1. Saya mendapat tawaran 2 tahun kerana subjek Chemistry tidak mencapai credit di peringkat SPM. Saya juga ditawarkan Diploma Sains dan Matematik Di UITM Arau Perlis. Tetapi KMPK tetap saya pilih 😁.
Tarikh Pendaftaran untuk memulakan pengajian di KMPK ialah 12 Mei 2019 hehe ingat lagi tau, yelah sebab apa yang kita sayang mesti kita ingat. Seingat saya, saya tidak mempunyai seorang pun kenalan daripada sekolah lama saya yang sama dengan Matrik saya. Saya tidak kisah kan itu, saya hanya mahukan pengalaman, dan buktinya pengalaman yang saya dapat tidak boleh dibeli mahupun disewa hehe sebab terlalu berharga.
Roommate saya semasa tahun pertama amat membantu saya, terima kasih kepada Ayu. Banyak sangat menemani saya ketika saya tidak mempunyai rakan di KMPK, Ayu sangat baik dan sangat membantu saya. Tidak lupa juga dengan Gan dan juga Ary 😍. Pada tahun kedua saya juga mendapat roommate yang sangat-sangat sporting Nadhirah, Isma dan juga Sab.
Pada tahun pertama juga saya jumpa kawan baik saya iaitu Adriana, Nadia, Maseriana dan juga Qamarina. Mereka rapat dengan saya hingga akhir tamat pengajian di KMPK. Kawan-kawan dan kenalan di KMPK tidak akan pernah saya lupakan malah sentiasa diingati.
KMPK juga mempunyai permandangan yang cukup cantik dan merupakan mempunyai permandangan paling cantik antara Kolej Matrikulasi di Malaysia. Jadi beruntung tau jadi pelajar KMPK. Ada gunung ganang, Berbukit bukau dan kita boleh tengok permandangan matahari terbenam.
Di KMPK juga saya juga menjadi Rakan Perpustakaan Munshi Abbdullah selama 2 tahun. Tugas Rakan Perpustakaan ataupun dikenali sebagai RP adalah menjaga kebajikan di perpustakaan dan menganjurkan pelbagai program kepada pelajar KMPK. Antara program yang kami lakukan ialah MASTERCHEF, PERTANDIGAN E-SPORT DAN EXPLORACE. Selain daripada Rakan Perpustakaan, Badan khas yang ada KMPK seperti JPP, PRD dan JMM.
Pihak Kolej juga mengadakan pelbagai program, seperti Colour Run, Larian hari sukan negara, Larian kakom dan lain-lain yang dianjurkan oleh kelas yang terlibat untuk program kokurikulum seperti pertandingan petanque, pertandigan mobilegrafi dan juga seni.
Kehidupan menjadi pelajar matrikulasi di era wabak covid-19 adalah tidak mudah. Saya hanya betul-betul merasakan menjadi pelajar matrik hanya pada tahun yang pertama sahaja. Di akhir tahun yang pertama, pelajar diarahkan pulang ke rumah bagi mengelakkan penularan wabak covid-19 yang semakin teruk pada awal tahun 2020. Ketika itu, PSPM II terpaksa dibatalkan.
Pada tahun yang kedua, sistem pembelajaran online mula dilaksanakan di kesemua kolej matrikulasi iaitu sistem hybrid , dimana separuh kelas online dan juga separuh kelas bersemuka. Tabah betul pelajar matrikulasi 😅😆.
Walaubagaimanapun saya berjaya juga menamatkan program matrikulasi saya selama 2 tahun di KMPK pada 10 Mei 2021. Banyak Perit manis yang saya lalui yang akan saya ingat sampai bila-bila. Pengalaman yang saya dapat dan juga kawan-kawan yang saya kenal amat saya hargai . Jika diberikan peluang untuk pergi ke sana kembali, akan saya pergi insyaAllah.
Salam KMPK dihatiku.
permandangan gunung-ganang
masa ni baru 2 minggu kat matrik
Join sukarelawan
Rakan Perputakaan 19/20
Farisyah,Nadia, Adriana, Maseriyana, Qamarina
berpeluang berjumpa dengan mufti
sunset di KMPK
Classmates Sem I & II
Classmate Sem II
Roommate Tahun kedua
Anugerah kelas terbaik (Matematik)
Classmates Sem IV
Comments
Post a Comment