Program UCE UTHM
"UMRAH & HAJJ : ACHIEVING PROSPERITY AND SERENITY"
PROGRAM BERPRESTASI TINGGI
Program Kursus Kokurikulum Berkredit anjuran Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ini telah berjaya dijalankan pada 4 Disember 2021 melalui aplikasi Zoom Meeting. Program ini telah banyak memberikan impak baik bagi pelajar UTHM dalam mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam Kursus Kokurikulum Berkredit Umrah dan Haji seksyen 2 di samping menwujudkan semangat kerjasama antara pelajar UTHM dengan komuniti kumpulan sasar iaitu peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah yang terpilih di bawah pejabat pendidikan daerah Muar, Johor. Antara sekolah terpilih ialah SMK Dato’ Sri Amar DiRaja, SMK Sultan Abu Bakar, SMK Tengku Mahkota, SMK Sri Menanti, SMK Pekan Baru, SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, pagoh dan SMK Convent. Program tersebut telah disertai oleh peserta daripada sekolah terpilih seramai 300 orang telah berdaftar mengunakan platfrom Google Form.
Program ini bermula dengan sesi pendaftaran peserta seawal 7:30 pagi. Pada pukul 8:00 pagi diadakan Majlis pembukaan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor dan Gemilang UTHM diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh pelajar UTHM iaitu Muhammad Nazif Aiman Bin Mohamed Izamshah. Program ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengarah Kursus Kokurikulum Berkredit Umrah dan Haji seksyen 2 iaitu Mohamad Safwan Na’im Bin Ridzuan dan ucapan pembukaan program telah disampaikan oleh Dr. Mohd Azhar Bin Harimon selaku Ketua Jabatan Keusahawan, Daya Usaha dan Inovasi dan Sastera Liberal Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, UTHM. Program yang berpretasi tinggi ini juga telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Bin Selamat dengan jayanya.
Seterusnya, program ini dimanfaatkan dengan perkongsian slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Hizam Bin Tugeran yang berpengalaman sebagai Pengkursus Ibadah Haji Tanah Air (PEKTA) dari Tabung Haji dan sering terlibat dengan pelbagai kursus berkenaan ibadah Umrah dan Haji sebagai seorang penceramah. Ceramahnya mengfokuskan mengenai Falsafah Haji, niat Haji, larangan ihram, rukum wajib dan jenis-jenis haji selaras dengan tajuk “kearah kesempurnaan perlaksaan ibadah haji dan umrah’’ yang penuh dengan perkongsiaan bermanfaat untuk peserta-peserta yang menyertai program tersebut.
Program ini diteruskan lagi dengan slot latihan dalam kumpulan dengan mengfokuskan tajuk-tajuk tertentu oleh setiap LDK yang dipecahkan kepada LDK 1 hingga LDK 7. Setiap LDK telah menyediakan video pembentangan dan turut disertakan dengan kuiz. Dalam slot ini, tajuk-tajuk yang telah difokuskan ialah Jenis Haji, Niat, Miqat, Rukun, Wajib Haji, Larangan Ihram, Dam, Wukuf, Muzdalifah, Mina, Tawaf , Saie, Tahallul, Umrah dan Ziarah Madinah. Slot latihan dalam kumpulan ini telah diakhiri dengan penyampaian kata rumusan oleh Tuan Haji Abdul Khalil bin Abdul Rahim selaku Penyelaras Kursus Kokurikulum Berkredit Umrah dan Haji seksyen 2 dan diakhir program ini juga mengambil peluang untuk sesi fotografi.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif utama
program. Antaranya ialah dapat memperkasakan bakat dan pengetahuan para peserta
di samping mewujudkan pertalian silaturrahim antara pelajar UTHM dan para peserta
daripada sekolah yang terpilih. Hasil daripada penganjuran program ini juga,
pelajar dan peserta dapat memperoleh secebis ilmu dunia dan akhirat yang dapat
dimanfaatkan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, program ini wajar untuk diadakan
lagi pada masa hadapan kerana mempunyai impak baik bagi pelajar UTHM malah
peserta yang menyertai program ini.
Comments
Post a Comment