Posts

Program UCE UTHM

  Ditulis oleh Nurul Farisyah Binti Mat Zaidi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia  "UMRAH & HAJJ : ACHIEVING PROSPERITY AND SERENITY"   PROGRAM BERPRESTASI TINGGI          Program Kursus Kokurikulum Berkredit anjuran Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ini telah berjaya dijalankan pada 4 Disember 2021 melalui aplikasi Zoom Meeting. Program ini telah banyak memberikan impak baik bagi pelajar UTHM dalam mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam Kursus Kokurikulum Berkredit Umrah dan Haji seksyen 2 di samping menwujudkan semangat kerjasama antara pelajar UTHM dengan komuniti kumpulan sasar iaitu peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah yang terpilih di bawah pejabat pendidikan daerah Muar, Johor. Antara sekolah terpilih ialah SMK Dato’ Sri Amar DiRaja, SMK Sultan Abu Bakar, SMK Tengku Mahkota, SMK Sri Menanti, SMK Pekan Baru, SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, pagoh dan SMK Convent. Progr...

Satu impian di matrikulasi

Image
  Jika ditanyakan saya, kenangan yang tidak boleh dilupakan dalam hidup ialah Kenangan menjadi salah seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Perak. Dan kini saya telah pun menjadi  Alumni KMPK 2019-2021. KMPK Dihatiku, Tetap sentiasa dihatiku 💖.   KMPK merupakan pilihan pertama saya dalam permohonan Matrikulasi sebelum diubah pada tahun 2020. Dahulunya sistem pemilihan Matrikulasi diasingkan daripada sistem UPU dan sistem pemilihan universiti awam masih di UPU.  Semasa saya memohon Matrikulasi, tiga pilihan yang saya pilih. Antara pilihannya ialah:, 1. Kolej Matrikulasi Perak (KMPK) 2. Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) 3. Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)      Alhamdullilah, saya mendapat pilihan pertama. KMPK merupakan impian saya dan saya amat gembira apabila ditawarkan  pengajian 2 tahun dalam jurusan Modul 1. Saya mendapat tawaran 2 tahun kerana subjek Chemistry tidak mencapai credit di peringkat SPM. Saya juga ditawarkan Diploma Sains dan Matematik...

Farisyah as a chasier

Image
     Menjadi Seorang Chasier bukan lah sesuatu perkerjaan yang mudah, banyak perkara yang perlu tahu bagi menjadi seseorang chasier. Terdapat pelbagai pengalaman yang saya dapat ketika menjadi seorang Chasier . Pengalaman saya bermula apabila saya mendapat panggilan temuduga dari sebuah Stesen Petronas di kawasan perumahan saya iaitu Petronas Bandar Puncak Jalil. Panggilan temuduga ini saya dapat seminggu sebelum habis SPM 2018.        Ketika menghadiri sesi temuduga, saya membawa fail-fail saya yang mempunyai matlumat diri seperti sijil-sijil dan juga keputusan peperiksaan UPSR dan juga PT3. Semasa saya ditemuduga oleh seorang pengurus di Stesen Petronas tersebut, beliau bertanyakan soalan-soalan yang umum seperti sanggup kah saya kerja sepenuh masa, bayaran gaji yang diberikan dan perkerjaan yang sepatutnya saya terima. Pada awalnya saya sangka, saya akan menjadi seorang cleaner tetapi saya dapat menjadi seorang chasier. Alhamdullilah 😆💪, ...

SPM RESULT !!!

Image

First Entry

      Assalamualaikum semua , terima kasih sebab telah singgah ke blog saya yang tak seberapa ini. Memandangkan ini adalah post pertama saya di dunia blog ini, Saya ingin memperkenalkan diri saya, Nama yang diberi ialah Nurul Farisyah Binti Mat Zaidi . Nama yang cukup biasa tapi bagi saya nama itu yang membuatkan saya ada aura yang tersendiri . Pada bulan mac depan umur saya genap 18 tahun. Saya masih lagi tinggal bersama-sama keluarga saya di Sri Kembangan Selangor.          Idea untuk saya menceburi dunia blog ini sudah lama, sejak daripada tingkatan 1 lagi . Ketika itu , saya banyak membaca blog-blog orang lain yang membuatkan saya teruja untuk membuat blog saya sendiri . Pada masa sekarang , saya mempunyai masa yang cukup banyak untuk saya  menulis semua pengalaman yang saya ada didalam blog saya ini. Walaupun pengalaman saya tidak cukup perit dan manis , saya berharap pembaca gembira dan seronok untuk membaca semua hasill tul...