Farisyah as a chasier
Menjadi Seorang Chasier bukan lah sesuatu perkerjaan yang mudah, banyak perkara yang perlu tahu bagi menjadi seseorang chasier. Terdapat pelbagai pengalaman yang saya dapat ketika menjadi seorang Chasier . Pengalaman saya bermula apabila saya mendapat panggilan temuduga dari sebuah Stesen Petronas di kawasan perumahan saya iaitu Petronas Bandar Puncak Jalil. Panggilan temuduga ini saya dapat seminggu sebelum habis SPM 2018.
Ketika menghadiri sesi temuduga, saya membawa fail-fail saya yang mempunyai matlumat diri seperti sijil-sijil dan juga keputusan peperiksaan UPSR dan juga PT3. Semasa saya ditemuduga oleh seorang pengurus di Stesen Petronas tersebut, beliau bertanyakan soalan-soalan yang umum seperti sanggup kah saya kerja sepenuh masa, bayaran gaji yang diberikan dan perkerjaan yang sepatutnya saya terima. Pada awalnya saya sangka, saya akan menjadi seorang cleaner tetapi saya dapat menjadi seorang chasier. Alhamdullilah ππͺ, gembira sebab dapat menguruskan duit dan juga bertemu dengan para pelanggan.
Pada hari pertama saya bekerja sebagai chasier, saya disuruh untuk menyapu lantai kedai sebelum masuk ke kaunter bagi sesi shift pagi. Telah menjadi rutin bagi kami seorang chasier sebelum masuk shift untuk membersihkan kedai seperti menyapu sampah dan juga mengelap pintu masuk. Sesudahnya saya menyapu lantai, saya dikenalkan dengan seorang rakan sekerja saya dimana dia yang akan mengajarkan saya untuk menguruskan mesin di dalam chasier. Namanya Firdaus, tapi dia suruh orang panggilnya Pink π haih nasib bukan pink panther yang cerita cartoon tu haha. Firdaus merupakan seorang yang penyabar dalam mengajar saya walaupun pada hari pertama saya sudah membuat postnya short dalam Rm1++ π.
Hari demi hari, saya belajar untuk tidak membuat kesilapan dan menjadi lebih cekap. Dalam seminggu lebih barulah saya mahir dalam menguruskan wang-wang yang ada di kaunter. Selepas itu, barulah saya dapat membuka post saya sendiri dimana saya tidak perlu lagi bimbingan daripada staf-staf yang lain. Alhamdulillah, takda lah saya membuat post orang lain short π
.
Layanan yang diberikan oleh rakan sekerja saya sangatlah baik. Mereka sangat peramah dan juga sporting dalam semua benda . Malah, mereka suka menyakat satu sama lain. Tidak kisah pengurus ataupun para staf disitu, mereka memberikan layanan sama rata. Pada setiap hari jumaat juga, Kami diberikan makanan percuma oleh Madam seperti KFC π.
Antara aktiviti yang pihak petronas sediakan bagi para pelanggan di Stesen Petronas ialah Makanan dan minuman percuma pada hari jumaat. Kebiasaannya kami akan memberi makanan dan minuman selepas daripada solat jumaat. Pada petang sabtu, pihak petronas juga memberikan belon-belon kepada kanak-kanak. Tidak lupa juga, birthday staf-staf di petronas juga disambut oleh staf-staf antara satu sama lain.
Semasa bekerja, saya amat menitikberatkan layanan yang diberikan kepada pelanggan kerana layanan itu akan dinilai oleh mereka . Hal ini penting untuk mengekalkan status petronas. Untuk menjaga imej, kami diajar untuk memberikan ucapan seperti ' Selamat Datang ' , ' Terima Kasih 'dan ' Hati-hati memandu' . Tidak lupa juga kami perlu sentiasa senyum dan juga menolong para pelanggan yang inginkan pertolongan kami.
Setelah hampir 5 bulan saya bekerja, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerana mendapat tawaran Matrikulasi di Perak. Hari terakhir saya bekerja, saya meminta maaf kepada semua staf-staf atas salah silap saya dan saya berterima kasih atas layanan yang baik terhadap saya.
Pengalaman bekerja pada usia yang muda ini mengajar saya untuk belajar dengan lebih bersungguh lagi untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Sejujurnya, setiap pekerjaan mempunyai kelebihan dan keseronoknya yang tersendiri. Tetapi bekerja di Petronas telah memberikan pengalaman yang perit manis bagi kehidupan saya ππ
Pemberian belon kepada kanak-kanak |
![]() |
staf bersama pengurus |
![]() |
Pemberian makanan dan minuman percuma |
![]() |
Sebaya π✌ |
Comments
Post a Comment