SPM RESULT !!!
Assalamualaikum semua , alhamdulillah kali ini saya diberi kesempatan untuk berkongsi mengenai keputusan SPM yang telah saya dapat pada 14 March 2019 . Pada mulanya , saya sangkakan keputusan SPM akan dikeluarkan pada 21 March , tetapi keputusan SPM dikeluarkan pada 14 March awal seminggu daripada tarikh sebenarnya . Mungkin ada sebab-sebab tertentu tarikh penyerahan sijil SPM ditukar pada tarikh yang lain.
Seminggu sebelum hari penyerahan sijil SPM diserahkan , saya tidak berasa gementar malah saya gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan saya balik. Dalam tempoh itu , saya tidak lupa untuk berdoa dan membuat perkara yang saya patut buat supaya saya mendapat keputusan yang baik. Tidak lupa juga , Redha ibu bapa juga amatlah diperlukan pada masa itu
.
.
Pada hari tersebut , saya bangun awal pagi untuk bersiap ke sekolah. Ibu dan ayah saya turut mengikut saya mengambil keputusan SPM di sekolah . Tidak sangka ayah saya sanggup mengambil cuti semata-mata mahu melihat saya di sekolah . Setibanya saya di Bandar Tasik Selatan , saya berjumpa rakan-rakan karib saya di Masjid Muqarabbin dan berjalan masuk ke dalam sekolah bersama-sama untuk berjumpa rakan-rakan kami di kantin . Sikap rakan-rakan saya yang sering menghiburkan orang lain tidak pernah berubah , macam-macam kisah kami ceritakan pada masa itu .
Pada pukul 10:30 pagi, kami bersama-sama berjalan ke dewan untuk mendengar sedikit maklumat dan ucapan daripada cikgu kaunseling. Sebelum cikgu kaunseling memberikan ucapan , beberapa wakil daripada institusi-institusi pelajaran memberikan sedikit maklumat kepada kami dan menawarkan pembelajaran di institusi mereka seperti YPC INTERNATIONAL UNIVERSITY. Setelah itu , cikgu kaunseling kami iaitu Cikgu Asri memberikan maklumat mengenai UPU yang perlu kami isi kelak .
Masanya telah tiba , Puan pengetua kami iaitu Puan Hafsah memberikan kata-kata semangat kepada kami sebelum kami mendapat keputusan SPM . Cikgu Hafsah memberi tahu bahawa keputusan SPM di sekolah kami meningkat dan peratus pelajar lulus seratus peratus untuk beberapa subjek juga telah meningkat. Kami bersyukur kerana dapat menaikkan nama sekolah kami. Setelah itu , Puan Hafsah memberikan tugas kepada cikgu kaunseling untuk menyebut satu demi satu nama-nama senarai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Pelajar yang mendapat 5A adalah seramai 10 orang , Pelajar yang mendapat 6A adalah 3 orang , Pelajar yang mendapat 7A dan 8A adalah seramai 4 orang . manakala, pelajar yang mendapat 9A adalah 2 orang . Walaupun saya sedikit kecewa kerana nama saya tidak disebut untuk mengambil keputusan di atas pentas , saya tetap yakin dengan diri saya bahawa saya akan mendapat keputusan yang baik kelak.
Setelah itu , Cikgu kaunseling menyuruh pelajar pelajar yang lain mengambil keputusan mereka sendiri di meja-meja mengikut kelas masing-masing. Saya dan rakan-rakan yang lain beratur mengikut barisan untuk mengambil keputusan . Pada masa itu , guru kelas kami iaitu Cikgu Mazlin mengedarkan keputusan kepada kami . Ketika nama saya dipanggil oleh cikgu Mazlin untuk mengambil keputusan SPM saya ,saya sedikit gementar tetapi saya tetap beranikan diri saya , Ketika saya melihat sijil SPM saya buat pertama kali saya amatlah bersyukur kerana saya lulus semua subjek termasuk subjek sains , pada masa itu juga saya mengira bilangan A yang saya dapat. Alhamdulilah saya dapat 4A . Saya terus pergi kepada ibu dan ayah saya dan menunjukkan keputusan saya pada mereka . Mereka juga gembira dengan keputusan saya walaupun tidak dapat naik ke atas pentas .
![]() |
Atas result spm dan bawah result percubaan saya . |
Sebelum balik , saya meminta maaf dengan rakan-rakan saya serta guru-guru saya dan kami sempat mengambil gambar bersama-sama untuk menjadikan kenangan terakhir kami bersama. Saya bersama rakan-rakan karib saya bercadang untuk pergi makan bersama-sama untuk meraikan kejayaan kami di KFC sungai besi .
![]() |
Farisyah, Sofia, Hidayah, Fasihah, Lily, Husna, Khadijah |
Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat sebab saya mendapatkan keputusan spm yang saya niatkan dulu . Saya pernah berniat saya mendapat keputusan yang lebih baik daripada peperiksaan percubaan . Terbukti , Allah Swt makbulkan doa saya . Pengajaran daripada sini , kita perlulah bersungguh-sungguh berdoa dan niat dalam hati perkara yang baik-baik agar Allah swt dapat memakbulkan doa dengan perkara yang baik.
Saya berharap , pembaca-pembaca yang bakal mengambil Peperiksaan SPM pada tahun ini mahupun tahun-tahun akan datang tetap tabah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang kelak . Saya rasa sampai disini yang dapat saya kongsikan , kita jumpa pada post-post akan datang . Salam Sayang ❤
![]() |
Tahniah semua !!! |
assalamualaikum saya suka baca blog awak, saya. harap kita akan berjumpa suatu hari nnti
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih
Delete